Indonesia protes kapal China di Natuna

JAKARTA, 14 SEPT – Jakarta memprotes tindakan kapal pengawal China yang menceroboh masuk ke perairan kepulauan Asia Tenggara, menurut Kementerian Luar Negeri Indonesia hari ini.

Kapal China yang dikenal pasti sebagai CCG 5204 dilihat pada Sabtu di perairan Natuna, zon eksklusif ekonomi (EEZ) dekat Pulau Riau.

“Berikutan isu itu, kementerian kelmarin membuat perundingan bersama perwakilan China di Jakarta untuk meminta penjelasan,” kata jurucakap Teuku Faizasyah kepada AFP hari ini.

Agensi keselamatan maritim Indonesia berkata kapal itu menegaskan ia hanya membuat rondaan di sekitar ‘sembilan garis putus’, sebuah kawasan yang dituntut oleh Beijing namun dipertikaikan oleh jiran-jirannya.

“Kementerian menekankan semula kepada perwakilan China bahawa tidak ada tuntutan bertindih antara EEZ Indonesia dan perairan China,” kata Faizasyah. – AFP