Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Indonesia rampas 149kg meth kristal diseludup melalui laut

    JAKARTA, 25 JAN – Polis Indonesia merampas 149kg methamphetamine kristal yang diseludup melalui perairan utara Pulau Sumatera dan menahan enam suspek.

    Ketua Bahagian Antinarkotik Polis Negara, Krisno Siregar berkata lima keldai dadah telah ditahan pada Ahad apabila sebuah kapal nelayan yang membawa mereka memasuki perairan Aceh.

    “Di dalam kapal itu, kami merampas empat guni dan kotak gentian mengandungi 149kg methamphetamine,” kata Siregar hari ini.

    Tarmizi alias Tambi, yang ditahan pada hari yang sama di Jawa Barat telah mengarahkan kelima-limanya menyeludup methamphetamine tersebut.

    Polis masih memburu seorang pelarian yang bertanggungjawab dalam operasi penyeludupan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...