Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia rampas dadah bernilai AS$2.02b sejak 2020

    JAKARTA, 12 NOV – Polis Negara Republik Indonesia (Polri) merampas dadah bernilai kira-kira AS$2.02 bilion dari 2020 hingga kini, rampasan yang mampu menyelamatkan 262 juta orang daripada bahaya narkotik, kata Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo.

    Beliau turut mengesahkan, lebih 264,188 suspek ditangkap berkaitan dadah sepanjang tempoh ini dan lebih daripada kira-kira AS$98.7 juta aset dirampas.

    “Polri tetap komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah dadah dan memusnahkan rangkaian dadah,” katanya dalam satu mesyuarat dengan Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat di Kompleks Parlimen kelmarin.

    Listyo turut menggariskan strategi pelbagai fasa untuk memerangi penyeludupan dadah, dengan keutamaan jangka pendek (satu hingga dua tahun) termasuk memperkukuh keselamatan sempadan, memajukan transformasi digital, dan memperluas kampung bebas dadah.

    Bagi jangka sederhana (tiga hingga lima tahun), katanya, Polri merancang untuk meningkatkan unit khas dadah, memetakan penyeludupan narkotik di rangkaian internet gelap, dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk mengekang perdagangan dadah global.

    Melangkah ke hadapan untuk jangka panjang (enam hingga 10 tahun), usaha Polri akan termasuk penggunaan forensik digital, memperluas kawasan bebas dadah, dan menubuhkan pusat penyelidikan yang didedikasikan untuk strategi pembanterasan dadah, katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda