Indonesia rampas kapal Iran, Panama

JAKARTA, INDONESIA, 24 JAN – Pihak berkuasa Indonesia berkata mereka telah merampas sebuah kapal tangki Iran dan Panama yang disyaki terlibat dalam pemindahan minyak haram di perairan negara mereka, hari ini.

Kapal-kapal tangki tersebut – MT Horse membawa bendera Iran dan MT Frea, Panama – telah dirampas di perairan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata Wisnu Pramadita, kata seorang jurucakap bagi Agensi Keselamatan Maritim Indonesia.

Menurutnya kapal-kapal tangki itu disyaki melanggar beberapa peraturan, termasuk tidak mempamerkan bendera negara, menutup sistem identifikasi mereka, berlabuh secara tidak sah serta memindah minyak secara haram antara kapal dan berlakunya pertumpahan minyak.

Pihak berkuasa telah mengiringi dua kapal tangki itu ke pulau Batam di wilayah Pulau Riau bagi siasatan lanjut, katanya.

Televisyen negara Iran mengambil maklum mengenai rampasan kapal tangki itu, memetik pihak berkuasa Indonesia. – AP

Gambar yang disiarkan oleh Agensi Keselamatan Maritim Indonesia (BAKAMLA) menunjukkan kapal Iran, MT Horse (kiri) dan kapal Panama, MT Frea dilihat berlabuh bersama di perairan Pontianak, luar kepulauan Borneo, Indonesia pada 24 Januari. – AP