Indonesia rekod 368,842 kes, kematian 12,734

JAKARTA, 20 OKT – Indonesia mencatatkan 3,602 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 368,842 kes.
Berdasarkan data disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 160,740 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 117 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 12,734 orang. – Bernama