Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Indonesia sambung operasi cari penyelam Belanda

    JAKARTA, 12 APRIL – Operasi mengesan penyelam remaja warga Belanda yang dikatakan telah meninggal dunia selepas hilang di perairan Lagoi, Bintan, Kepulauan Riau diteruskan agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

    Menurut laporan media di Malaysia, Nathan Renze Chesters, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Rabu lepas.

    Bapanya, Adrian Peter Chesters, 46, warga Britain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan sebelum ditemukan selamat berkata anaknya itu telah meninggal dunia kerana tidak mampu bertahan di laut.

    Bagaimanapun, Ketua Polis Mersing Superintenden Cyril Edward Nuing berkata buat masa ini nasib Nathen masih belum diketahui dan pihaknya masih menganggap mangsa hilang sehingga ditemui. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...