JAKARTA, Indonesia, 9 Mac – Kerajaan Indonesia telah berikrar untuk mengambil bahagian dalam usaha-usaha untuk memudah cara penempatan selepas konflik di Sri Lanka, seorang menteri kerajaan berkata kelmarin.
Presiden Indonesia, Joko Widodo mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya di Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Negara, mengatakan bahawa Indonesia sudah bersedia untuk membantu melancarkan perdamaian di antara kerajaan Sri Lanka dan bekas pemberontak Tamil, menurut Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Menteri Retno berkata Indonesia mempunyai pengalaman dalam menghentikan secara damai konflik 29 tahun dengan pemberontak-pemberontak di wilayah Aceh di utara Pulau Sumatera 12 tahun lepas.
“Ia (Sri Lanka) menyaksikan kes yang serupa dengan pengalaman kami di Aceh satu ketika dahulu,: Menteri Retno berkata.
Presiden Widodo berjanji untuk mengongsikan pengalaman dengan kerajaan Sri Lanka dalam mempercepatkan perdamaian itu.
“Kami boleh mengongsikan banyak perkara dalam mencapai keamanan seperti apa yang kami alami di wilayah Aceh,” tambahnya.
Dalam tahun 2009, pemberontak Tamil menyerah diri kepada kerajaan Sri Lanka selepas terlibat dalam pemberontakan selama 25 tahun. – Xinhua