Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Indonesia sedia hadapi gelombang ketiga COVID-19

    JAKARTA, INDONESIA, 30 JAN – Indonesia bersiap sedia menghadapi gelombang ketiga jangkitan COVID-19 ketika varian Omicron yang mudah berjangkit menyebabkan lonjakan kes baharu, menurut pihak berkuasa kesihatan dan pakar kelmarin.

    Indonesia melaporkan 11,588 kes jangkitan baharu dan 17 kematian kelmarin dalam tempoh 24 jam. Ia adalah jumlah kes harian tertinggi sejak Ogos apabila Indonesia bergelut untuk membendung penularan Delta.

    Indonesia berjaya pulih daripada peningkatan kes tahun lalu dan menjadi negara paling teruk di rantau ini, dan jumlah jangkitan menurun kepada kira-kira 200 pada Disember. Tetapi kes kembali meningkat beberapa minggu kebelakangan selepas negara itu melaporkan jangkitan Omicron tempatan.

    “Lonjakan ini akan berlaku dengan pantas. Kita akan menyaksikan peningkatan ketara dalam masa terdekat,” kata Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin semasa sidang media pada Jumaat, dan menambah gelombang ketika ini berkemungkinan berada pada tahap puncak sekitar hujung Februari atau awal Mac.

    Dia berkata pihak kerajaan telah menyediakan lebih banyak katil untuk pesakit COVID-19, meningkatkan pengesanan kontak dan ujian serta mempergiat pemberian vaksinasi di seluruh wilayah. Tetapi beberapa pakar kesihatan sangsi langkah itu mencukupi memandangkan penguatkuasaan yang longgar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...