Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Indonesia sedia mulakan HSR pertama

    BANDUNG, 13 OKT – Indonesia kini dalam fasa terakhir untuk memulakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya, Jakarta-Bandung kepada 40 minit berbanding tiga jam sebelum ini.

    Laluan perkhidmatan HSR menghubungkan ibu negara Indonesia dengan Bandung, bandar raya paling padat penduduk di wilayah Jawa Barat yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.

    Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini mengadakan lawatan ke projek HSR Jakarta-Bandung itu yang kini sudah siap 90 peratus, bermula di stesen Tegalluar, Bandung – salah satu daripada empat stesen kereta api itu – di mana lapan kereta api dan kereta api pemeriksaan yang tiba dari China pada awal September lalu diletakkan.

    “Kami berharap dengan kereta api laju Jakarta-Bandung, pergerakan barangan dan orang ramai dapat lebih pantas dan dipertingkatkan, dan daya saing kami juga akan lebih kukuh,” kata Jokowi kepada media selepas lawatan itu. Jokowi juga mengharapkan perkhidmatan itu memberi manfaat kepada sektor lain termasuk perkhidmatan dan pelancongan.

    Jokowi juga dijangka akan menjemput rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping untuk menaiki kereta api laju buatan China selepas sidang kemuncak Negara Kumpulan 20 di Bali bulan depan.

    Kereta api itu direka dan dibina oleh syarikat kereta api CRRC Qingdao Sifang China.

    Penghantaran pada bulan lalu adalah yang pertama dibuat syarikat itu daripada keseluruhannya, memperoleh kontrak membina 11 kereta api laju lapan gerabak KCIC400AF dan satu kereta api pemeriksaan KCIC400AF-CIT. Kontrak itu bernilai AS$364.5 juta yang diberi kepada CRRC pada April 2017.

    Pembinaan landasan HSR bermula pada 2016 dan dijangka beroperasi pada 2019 tetapi ia tertangguh sehingga Jun 2023 kerana pertikaian membabitkan pembelian tanah dan isu alam sekitar. – AP

    Presiden Indonesia, Jokowi berdiri berhampiran unit Kereta Api Pemeriksaan Menyeluruh (CIT) semasa lawatannya ke Stesen Tegalluar, Jawa Barat, Indonesia, 13 Oktober. Kereta api berkelajuan tinggi itu kini sudah 90 peratus siap dan dijangkakan menjadi kereta api terpantas di Asia Tenggara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...