Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Indonesia seru keamanan di rantau Indo-Pasifik

    JAKARTA, 23 FEB – Persaingan di Indo-Pasifik tidak dapat dielak malah dialu-alukan, namun semua negara mesti mengelakkan persaingan bertukar menjadi konflik terbuka, kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.

    Beliau berkongsi pandangan itu pada Forum Kerjasama Menteri sempena mesyuarat Indo-Pasifik di Paris pada Selasa yang bertujuan mengetengahkan inisiatif Kesatuan Eropah untuk rantau berkenaan.

    Menurut Retno, rantau itu menyediakan pelbagai peluang buat Indonesia, dan terlalu besar untuk dikuasai oleh satu negara.

    “Kita mesti menghormati undang-undang antarabangsa. Keamanan, kestabilan dan kebolehramalan mesti kekal sebagai pusat wilayah kita,” katanya dalam satu kenyataan.

    Selain isu keselamatan, semua negara mesti meneruskan kerjasama konkrit dalam bidang maritim, kemampanan dan peralihan hijau, perdagangan dan pelaburan, ketersambungan dan matlamat pembangunan mampan.

    “Ini akan memperdalam perkongsian kita, membina keyakinan, dan seterusnya mengurangkan risiko keselamatan,” kata Retno. Indo-Pasifik didiami 60 peratus penduduk global dan disebabkan kepentingan ekonomi dan geostrategik utama yang dipertaruhkan di rantau itu, banyak negara telah merancang inisiatif Indo-Pasifik mereka sendiri.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...