Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Indonesia siasat kebocoran data kerajaan

-

JAKARTA, 12 SEPT – Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo) Johnny G. Plate berkata pasukan itu akan dianggotai Badan Siber dan Enkripsi Negara, Kominfo, polis dan Badan Perisikan Negara (BIN).

“Mereka akan meneliti data yang beredar termasuk oleh penggodam, ‘Bjorka’,” katanya selepas mesyuarat bersama presiden di Istana Merdeka, hari ini. Bagaimanapun, semakan awal mendapati data bocor itu berstatus umum dan bukan data spesifik yang terkini, kata Johnny.

Sepanjang minggu lalu, ‘Bjorka’ mendakwa telah mencapai beberapa data milik kementerian termasuk surat milik Joko Widodo serta surat dari agensi perisikan.

Sementara itu, Johnny berkata Kominfo masih menunggu jadual perbahasan di Parlimen mengenai rang undang-undang perlindungan data memperkukuh infrastruktur keselamatan siber negara itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -