Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Indonesia sumbang AS$1 juta kepada Pakistan

JAKARTA, 26 SEPT – Indonesia menyerahkan bantuan kewangan AS$1 juta serta barang keperluan asas untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat bencana di Pakistan.

Pelepasan bantuan kemanusiaan untuk korban bencana banjir dan tanah runtuh di Pakistan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, di sini, dilakukan oleh Presiden Joko Widodo. Beliau berharap bantuan itu dapat mempercepat usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat kembali normal.

“Saya juga sedang menyiapkan bantuan berupa tenaga kesihatan yang nantinya segera dihantar untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Pakistan yang terkesan,” kata Joko Widodo. Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa korban bencana yang terjadi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -