Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Indonesia tangguhkan perlawanan bola sepak di stadium tragedi

    JAKARTA, 2 MAC – Ketua bola sepak Indonesia telah menangguhkan perlawanan antara dua seteru sengit yang perlawanan terakhirnya telah diakhiri dengan salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah sukan itu, kata pegawai setempat hari ini.

    Tragedi Oktober lalu di bandar Malang telah mengorbankan 135 orang, termasuk lebih 40 kanak-kanak. Ia berlaku selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke kawasan penonton yang penuh sesak apabila penyokong tuan rumah menceroboh padang pada penghujung perlawanan antara seteru Jawa Timur Arema FC dan Persebaya Surabaya.

    Tragedi itu memaksa pegawai dan peminat Indonesia menghadapi kegagalan dalam setiap aspek permainan domestik, yang telah dicemari selama bertahun-tahun oleh infrastruktur yang goyah, salah urus dan keganasan.

    Pihak berkuasa mengesyorkan perlawanan pada Ahad ini diadakan di luar Jawa Timur dan tanpa peminat, kerana risiko termasuk kekacauan, kata jurucakap polis wilayah Dirmanto kepada AFP.

    “Penyokong Persebaya dan Arema mempunyai sejarah saingan yang tinggi,” kata Dirmanto.

    Penyokong dilarang daripada menghadiri perlawanan bola sepak selepas liga disambung semula pada Disember, dan telah dibatalkan sepenuhnya selepas bencana itu, tetapi sebahagian penyokong telah dibenarkan kembali menghadiri perlawanan tertentu.

    Persebaya gagal mendapatkan tempat lain dan meminta perlawanan itu dijadualkan semula, menurut kenyataan akhbar oleh liga perdana Indonesia, yang dikenali sebagai BRI Liga 1. Hakikat bahawa stadium Persebaya sedang menjalani pemulihan,menganjurkan perlawanan untuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada Mei, merupakan faktor lain, kata Dirmanto.

    Liga 1 berkata ia akan mengumumkan tarikh baharu untuk perlawanan itu tidak lama lagi.

    Penyokong Persebaya diharamkan menghadiri perlawanan awal Oktober kerana bimbang kekacauan dalam kalangan orang ramai. – AFP

    Tentera dan polis Indonesia mengawal padang selepas perlawanan bola sepak di stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...