Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Indonesia tarik balik mandat pelitup muka

    JAKARTA, INDONESIA, 17 MEI – Indonesia menarik balik mandat memakai pelitup muka di luar kerana wabak pandemik COVID di negara itu semakin terkawal, kata Presiden Joko Widodo hari ini.

    Bagaimanapun, mandat pelitup muka dikekalkan bagi aktiviti dalam bangunan dan pengangkutan awam, katanya.

    Widodo juga berkata, semua pengembara yang lengkap vaksinasi tidak perlu lagi menjalani ujian COVID untuk memasuki negara itu.

    Pengumuman itu dibuat dua minggu selepas berjuta-juta rakyat Indonesia meraikan cuti Hari Raya Aidilfitri, sekali gus menamatkan sekatan-sekatan pandemik dan pengekangan perjalanan selama dua tahun.

    Kes-kes COVID di negara itu terus menurun, membuatkan kerajaan melonggarkan dasar pelitup mukanya.

    “Apabila melakukan aktiviti luar, atau di tempat terbuka yang tidak padat dengan orang ramai, mereka dibenarkan tidak memakai pelitup muka,” Widodo berkata dalam ucapan yang disiarkan di televisyen. – AP

    Penunggang motosikal dilihat memakai pelitup muka semasa waktu perjalanan sesak di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...