Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Indonesia, Thailand pindah rakyat dari Ukraine

    JAKARTA/BANGKOK, 28 FEB – Dua lagi kerajaan di ASEAN, Indonesia dan Thailand hari ini memindahkan atau membawa pulang rakyatnya dari Ukraine susulan krisis perang di negara itu.

    Indonesia mengatakan ia memindahkan enam lagi warganegaranya dan seorang warga asing dari Ukraine, kata Kementerian Luar pada Isnin. Warganegara dan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Indonesia dipindahkan ke Rzeszow, Poland dari Lviv, sebuah bandar di barat Ukraine.

    “Mereka semua selamat dan dalam keadaan sihat,” ciap kementerian itu di Twitter rasminya pada Isnin.

    Pemindahan berlaku sehari selepas 25 warganegara di Odessa, sebuah bandar pelabuhan di Laut Hitam di selatan Ukraine, dipindahkan dan kini berada di Bucharest, Romania. Terdapat kira-kira 153 warga Indonesia yang berada di beberapa wilayah di Ukraine.

    Sementara itu, seramai 99 warga Thailand telah dipindahkan dari Ukraine dan dijangka pulang ke tanah air secara berperingkat mulai esok.

    Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natanu Nopakun berkata 60 warga Thailand meninggalkan pusat bantuan di Lviv, Ukraine dan tiba di Warsaw, Poland manakala 39 lagi warganya dalam perjalanan dari Odessa di Ukraine dan dijangka tiba di Bucharest, Romania.

    “Kumpulan pertama (rakyat Thailand) akan pulang dengan penerbangan esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau menambah bahawa Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) akan memudahkan prosedur kemasukan kumpulan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...