Indonesia, UK bincang teknologi, keselamatan siber

JAKARTA, 11 NOV – Setiausaha Luar Britain, Liz Trus dan menteri Indonesia hari ini membincangkan mengenai kerjasama teknologi, keselamatan siber dan hubungan ekonomi masa depan, sebagai sebahagian daripada usaha Britian mengembang luaskan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara selepas berpisah daripada Kesatuan Eropah.

Trus mengatakan dia dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi membincangkan satu peta laluan bagi kerjasama lebih rapat.

“Kami perlu memastikan teknologi standard dibentuk oleh dunia bebas dan kami mahu bekerjasama dengan Indonesia dalam bidang seperti siber dan teknologi generasi seterusnya, sama ada 5G, 6G atau bidang-bidang seperti kecerdasan buatan dan kuantum,” kata Trus pada satu sidang media. – AP