Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Induksi tingkat kemahiran mengurus, memimpin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Pembimbing ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT)Kumpulan Belia Masjid dan penasihat-penasihat dari Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengadakan Induksi Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia Masjid sesi 2022-2024 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong yang diselajurkan dengan majlis penutup, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Induksi yang dianjurkan untuk AJKT Kumpulan Belia Masjid yang terdiri daripada belia-belia masjid itu bertujuan untuk menambah sikap bertanggungjawab dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan dedikasi.

    Sebagai seorang pemimpin belia, sudah setentunya mereka memerlukan keyakinan diri, bimbingan serta panduan agar dapat menjadi seorang AJKT Kumpulan Masjid Belia yang baik dan berwibawa.

    Dapatan yang perolehi daripada induksi itu diharap akan dapat membantu mereka meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran sebagai seorang AJKT dan ketua unit masing-masing.

    Antara tujuan acara itu diadakan adalah untuk membina potensi dan meningkatkan kemahiran mengurus dan memimpin agar dapat mengendalikan sesuatu aktiviti ataupun majlis dengan berkualiti dan berkesan.

    Ia juga bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang dapat menjadi model peranan kepada belia-belia lain, berwibawa, kreatif, inovatif dan bertoleransi serta berfikiran mantap dan cekap dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan.

    Induksi yang berlangsung selama sehari tersebut diisikan dengan aktiviti kepimpinan, sesi perbincangan, motivasi dan sebagainya.

    Haji Amir Hisham bergambar ramai bersama pembimbing induksi dan AJKT Kumpulan Belia Masjid.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...