Industri arang manfaatkan 5G

TAIYUAN, 15 SEPT – Pengeluar terbesar arang keras di China, Yangquan Coal Industry Group, telah menandatangani satu persetujuan rangka kerja berasama China Mobile dan Huawei bagi mempromosikan perlombongan pintar menggunakan 5G.

Perkongsian baharu itu dijangka menerokai penggunaan rangkaian 5G bagi komunikasi lombong arang, pengurusan, keselamatan dan pengawasan, menurut pengurus besar kumpulan perlombongan tersebut, Wang Yongge. – Xinhua