Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Industri automasi, jentera komited majukan ekonomi M’sia

    KUALA LUMPUR, 23 JUN – Pameran Hibrid Peralatan Mesin, Kerja Logam & Teknologi Automasi Antarabangsa ke-26 (Metaltech & Automex 2022) akan terus menyokong matlamat kerajaan bagi membangunkan industri jentera dan peralatan Malaysia untuk memastikan pertumbuhan yang mampan.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong berkata, sebagai salah satu sektor paling inovatif dalam ekonomi, beliau berharap industri jentera dan automasi akan terus berdaya saing di peringkat global, disokong oleh pelbagai inisiatif yang dipertingkatkan oleh kerajaan di tengah-tengah kelemahan ekonomi yang disebabkan pandemik COVID.

    Lim berkata, sektor yang diwakili lebih 2,000 buah syarikat dengan 90,000 orang pekerja di Malaysia itu, telah meningkatkan rantaian nilainya dengan mengalihkan tumpuannya bagi memasukkan bidang teknologi tinggi yang menghasilkan produk bernilai tambah tinggi dan khusus.

    Beliau juga berkata bahawa kerajaan juga akan meneruskan perjanjian perdagangan bebas berkualiti tinggi untuk memberi manfaat bersama kepada industri dan pelabur dari segi pengurangan sekatan tarif dan kemudahan perdagangan yang dipertingkatkan.

    Malaysia katanya, kini merupakan pengeluar utama peralatan proses dan automasi khusus untuk industri elektrik dan elektronik di rantau ini.

    Sementara itu, Pengerusi Metaltech & Automex 2022, Datuk Tan Chin Huat memberitahu pemberita bahawa acara itu diadakan tepat pada masanya kerana kekurangan buruh telah menjana permintaan untuk mesin dan automasi.

    Selain pertemuan bersemuka, seminar dan ceramah, acara tersebut juga menghimpunkan hampir 300 orang peserta pameran, termasuklah dari Korea Selatan, Jerman, India, China dan Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...