Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Industri E&E pemacu pertumbuhan Malaysia – MIDA

    GEORGE TOWN, 26 JUN – Malaysia berada pada trajektori yang betul untuk memperoleh lebih banyak projek berkualiti tinggi dan berintensifkan modal, dengan segmen elektrik dan elektronik (E&E) akan terus menjadi pemacu pertumbuhan penting ekonomi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman berkata, Malaysia merupakan pengeksport keenam terbesar semikonduktor dan litar bersepadu (IC) di dunia, menyumbang 6.3 peratus kepada jumlah eksport dunia.

    Beliau berkata, ini akan terus menyokong industri E&E kerana ia mewakili 61.7 peratus daripada produk eksport.

    “Kekurangan semikonduktor di peringkat global dijangka berterusan sehingga penghujung Disember 2023 dan permintaan pengguna juga terus tinggi. Oleh itu syarikat sedang mencari peluang melabur bagi meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan,” katanya kepada Bernama di luar acara  SEMIKON Asia Tenggara 2022 baru-baru ini.

    Bagi jangka panjang, industri E&E disasarkan menyumbang RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM495 bilion menjelang 2025.

    “MIDA akan terus memperkenalkan langkah-langkah inovatif untuk meringankan cabaran mengendalikan perniagaan di negara ini di samping menggalakkan dan memudahkan penggunaan dan penyesuaian teknologi, inovasi dan penyelidikan oleh syarikat,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...