Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Industri farmaseutikal dijangka terus raih momentum

    KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Industri farmaseutikal Malaysia diunjur terus mendapat momentum dengan memanfaatkan insentif kerajaan untuk memacu pelaburan tempatan di pasaran, kata firma penyelidikan BMI yang juga unit Fitch Solutions.

    Malah, BMI juga percaya Pelan Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang dilancarkan pada September lepas, akan menggalakkan penyepaduan rantaian nilai bagi meningkatkan penghasilan bahan aktif farmaseutikal (API), vaksin serta ubat-ubatan.

    Dalam kenyataan hari ini, firma itu yakin langkah memanfaatkan strategi-strategi itu akan membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan selain menjadi peneraju dalam industri farmaseutikal itu.

    “Jualan farmaseutikal mencecah RM11.2 bilion pada 2022 dan kami mengunjurkan jualan ubat-ubatan akan meningkat kepada RM15.5 bilion pada 2027, menyamai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 6.7 peratus dalam mata wang tempatan (5.6 peratus dalam dolar AS),” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...