Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri halal jana $88 juta

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Pada penghujung tahun 2016, pendapatan yang dijana oleh industri halal tempatan dilaporkan dianggarkan sebanyak $88 juta daripada 35 syarikat dengan 835 pekerjaan, terutamanya daripada sektor makanan halal.

    Sektor halal Negara Brunei Darussalam telah berkembang dalam tempoh lima tahun lalu, yang mana kini negara menduduki tangga ke-12 dalam kalangan 73 negara menurut laporan Thomson Reuters mengenai Ekonomi Islam Global 2017, meningkat lima tangga daripada kedudukan ke-17 pada tahun lepas.

    Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar berkata, peningkatan ini disebabkan pertumbuhan perjalanan halal dan prestasi yang kukuh dalam pembangunan ekosistem makanan halal.

     

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

     

    http://digital.mediapermata.com.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda