Industri Jerman melonjak sebelum virus

BERLIN, 6 MAC – Jerman menunjukkan peningkatan dalam tempahan industri pada bulan Januari, sebelum impak koronavirus mula menghentam ekonomi dunia, menurut data yang dikeluarkan hari ini.

Selepas pengakhiran yang lambat pada hujung 2019, tempahan meningkat 5.5 peratus dari bulan-kebulan pada Januari, pejabat statistik persekutuan Destatis memberitahu dalam angka disesuaikan mengikut musim. Angka itu adalah lebih tinggi daripada jangkaan yang dibuat oleh para penganalisis, yang meramalkan peningkatan 1.2 peratus selepas menurun 2.1 pada bulan Disember.

Tempahan industri menjadi kunci petunjuk keadaan ekonomi, menekankan jumlah kerja-kerja yang akan diperolehi pengilang dalam beberapa bulan mendatang. – AFP