Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Industri koko digesa promosi produk coklat tempatan

    KOTA KINABALU, 22 JUN – Kerajaan kelmain telah menggesa usahawan industri koko di Malaysia untuk mempergiatkan aktiviti mempromosi jenama produk coklat keluaran mereka agar lebih dikenali oleh masyarakat tempatan, menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin.

    Beliau berkata, walaupun terdapat banyak jenama produk coklat premium dan berkualiti yang dikeluarkan oleh usahawan industri koko di Malaysia, masih ramai pengguna tempatan yang kurang mengenalinya di pasaran.

    “Ramai pemain industri (koko) tempatan yang telah mengeksport dan menjual produk hiliran coklat, sama ada dalam negara, mahupun di luar negara.

    Malah, biji koko dari Ranau, Sabah turut dieksport ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Koko Malaysia 2022 di sini kelmarin.

    Willie turut menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa komited untuk membantu penggiat industri koko tempatan untuk memperkenalkan produk keluaran mereka menerusi program jerayawara dan misi perdagangan ke luar negara.

    Bagaimanapun, katanya, usahawan terbabit tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, terutamanya dalam aspek mengiklankan secara komersial jenama produk coklat keluaran mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...