Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Industri landskap, bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah

    TENOM, 4 SEPT – Industri landskap dan bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah kerana permintaan menggalakkan negeri ini yang mengimport sebanyak 156.93 tan bunga segar dengan nilai RM4.9 juta tahun lepas.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembangunan industri itu bukan saja mampu mengurangkan jumlah import pada masa hadapan malah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

    “Ini menunjukkan terdapat potensi untuk pembangunan industri landskap dan bunga-bungaan tempatan atau florikultur di negeri ini sekali gus berupaya mengurangkan import bunga segar pada masa hadapan.

    “Pesta Bunga ini tentunya menjadi platform kepada para pengusaha bunga-bungaan dan landskap untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengadakan ‘business 
    matching’ bagi membangunkan industri florikultur di negeri ini. Saya juga berharap Pesta Bunga ini akan dapat memupuk budaya dan rasa cinta kepada keindahan flora serta amalan aktiviti lanskap yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Bunga 2022 di Taman Pertanian Sabah di sini hari ini.

    Beliau berkata sambutan Pesta Bunga di Taman Pertanian Sabah ini juga amat signifikan dan ia dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tenom.

    “Oleh itu, pesta ini perlu diadakan setiap tahun dan saya mahu masyarakat kita akan terus menghargai dan menghayati kepentingan pemuliharaan spesies tumbuhan sebagai sumber makanan dan penyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...