Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Industri minyak dan gas digesa mantapkan respons kecemasan

    LABUAN, 14 OKT – Pemain industri minyak dan gas di seluruh negara digesa agar terus memantapkan respons awal kecemasan bagi memastikan keselamatan penduduk sekeliling.

    Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Edwin Galan Teruki berkata langkah awal kecemasan perlu dititikberatkan susulan beberapa kes letupan melibatkan industri berisiko tinggi di dalam dan luar negara.

    “Pemain industri berkaitan minyak dan gas harus sentiasa berwaspada risiko industri mereka terhadap penduduk sekeliling yang berdekatan dengan tapak industri mereka beroperasi.

    “Saya menyarankan agar pemain industri sentiasa bekerjasama dengan balai bomba berdekatan dalam aspek respons kecemasan dan langkah-langkah awal keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Buku Manual Prosedur LEMA (Pindaan 2021) di sebuah hotel di sini hari ini.

    Katanya, pelan keselamatan bangunan menetapkan jarak jauh antara premis industri berisiko dengan kawasan berpenduduk, namun bagi premis industri berisiko yang telah wujud berdekatan kawasan berpenduduk, mereka haruslah mengambil berat aspek keselamatan awal.

    “Laksanakan pelan dan pemberitahuan awal kecemasan untuk keselamatan penduduk tempatan,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata latihan respons awal kecemasan melibatkan unit keselamatan industri minyak dan gas dengan penduduk berdekatan akan terus dilaksanakan, supaya penduduk mampu melakukan langkah awal keselamatan tanpa bergantung sepenuhnya pada pihak bomba. – Bernama

    Senator Datuk Bashir Alias (tiga, kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Buku Manual Prosedur Labuan Emergency Mutual Aid (LEMA) (Pindaan 2021) oleh Datuk Edwin Galan Teruki (duduk) di sebuah hotel kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...