Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Industri penerbangan harap bajet 2023 liputi dasar teknologi

    KUALA LUMPUR, 2 OKT – Industri penerbangan dan aeroangkasa tempatan berharap Bajet 2023 akan meliputi inisiatif dan dasar yang menggalakkan strategi mengutamakan teknologi bagi menyokong pemulihan pasca pandemik dan ekosistem industri pada masa depan.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne Group Kamarul A. Muhamed berkata, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk merangsang ekonomi digital, mengutamakan syarikat tempatan untuk menjalankan perniagaan akan membolehkan industri tersebut memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

    “Kita memerlukan satu bajet yang menyokong ekosistem yang mesra dan kondusif kepada pertumbuhan industri teknologi, tidak semestinya terhadap penerbangan dan aeroangkasa sahaja, malah, untuk kesemuanya.

    “Apa yang kita benar-benar perlu memberikan tumpuan adalah kemudahan dan fokus untuk membolehkan peserta teknologi berkembang. Jangan pandang rendah dengan ‘barangan buatan Malaysia’ kerana kita juga memiliki syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa dan berada di peringkat terbaik dunia,” katanya kepada Bernama.

    Kamarul berkata bantuan dari segi geran lebih sesuai berbanding subsidi berikutan industri penerbangan dan aeorangkasa berintensifkan teknologi dan modal, sekali gus memerlukan saiz dana yang besar untuk berkembang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...