Industri robotik China terus berkembang

BEIJING, 21 OGOS – Industri robotik di China mencecah 148,000 unit pada 2018, menyumbang lebih 38 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei, secara keseluruhanya pertumbuhan industri itu sedikit perlahan tahun ini disebabkan persekitaran ekonomi global dan masalah pembangunan teknologi. Beliau berkata demikian pada Persidangan Robot Dunia 2019 yang berlangsung di Beijing bermula Selasa hingga Ahad, menyaksikan 700 pempamer menampilkan pelbagai jenis teknologi robotik terkini. – Bernama