Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Industri semikonduktor M’sia raih manfaat Akta CHIPS dan Sains AS

    KUALA LUMPUR, 15 OGOS – Industri semikonduktor Malaysia yang meliputi 13 peratus daripada pemasangan cip global dan bahagian pasaran ujian, bakal meraih manfaat daripada Akta CHIPS (cip) dan Sains Amerika Syarikat.

    CHIPS adalah akronim kepada Creating Helpful Incentives to Produce Semiconductors and Science Act (Mencipta Insentif Bermanfaat untuk Menghasilkan Semikonduktor dan Akta Sains), akta tersebut menyumbang lebih AS$280 bilion (AS$1=RM4.44) dalam pembiayaan persekutuan yang termasuk AS$52.7 bilion dalam subsidi untuk menyokong pengeluaran dan penyelidikan semikonduktor di Amerika Syarikat (AS).

    Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata di bawah akta itu yang ditandatangani Presiden AS Joe Biden pada 9 Ogos 2022, ekonomi terbesar dunia itu dijangka membina kilang fabrikasi cip (fab) paling canggih dengan teknologi proses tujuh nanometer ke bawah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...