Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Inflasi cecah tahap tertinggi di Sepanyol

    MADRD, 29 JULAI – Inflasi di Sepanyol mencecah tahap tertingginya dalam 38 tahun pada Julai, didorong oleh kenaikan mendadak dalam harga makanan dan minyak, menurut data rasmi hari ini.

    Harga pengguna meningkat sebanyak 10.8 peratus pada bulan ini, naik daripada 10.2 peratus pada Jun dan kadar paling pesat sejak September 1984, kata institut statistik negara INE dalam satu kenyataan.

    Seperti kebanyakan negara jiran Eropah, Sepanyol sedang bergelut dengan kenaikan inflasi yang dicetuskan oleh kemelesetan ekonomi berpunca daripada peperangan di Ukraine dan pembukaan semula ekonomi selepas sekatan koronavirus.

    Menteri Ekonomi Nadia Calvino pada Selasa mengingatkan bahawa inflasi menimbulkan ‘cabaran utama kepada ekonomi Sepanyol’.

    Kerajaan, yang menjangkakan inflasi menurun dalam separuh tahun kedua tetapi masih tinggi – telah melancarkan beberapa siri langkah untuk membantu keluarga dan perniagaan mengatasi kos sara hidup yang tinggi, seperti subsidi bahan api selain mengurangkan cukai elektrik.

    Menurut Perdana Menteri Sosialis Pedro Sanchez, langkah tersebut bersamaan dengan jumlah kos AS$31 bilion, atau 2.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Sepanyol. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...