Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Inflasi jadikan Simit sebagai makanan mewah

    ANKARA – Simit, sejenis roti seperti bagel yang disalut dengan biji bijan panggang, merupakan makanan ringan yang popular dan makanan sarapan asasi tradisional bagi orang Turkiye, tetapi inflasi yang melambung tinggi telah menjadikannya sesuatu yang mewah bagi golongan miskin.

    Harga sekeping simit telah meningkat daripada $3 kepada $5 lira (AS$0.16 hingga AS$0.27) berikutan kenaikan harga biji bijan dan tepung, dua bahan penting dalam makanan jalanan yang paling digemari orang Turkiye, kata seorang tukang roti simit dari kawasan perumahan di Ankara yang dikenali dengan nama Ihsan.

    Mustafa Turan, seorang pelajar berusia 19 tahun dalam jurusan kejuruteraan komputer, kecewa dengan kenaikan harga.

    “Kenaikan harga terutamanya memberi kesan kepada kami pelajar,” katanya kepada Xinhua ketika dia bersiar-siar di jalan-jalan kejiranan Kizilay di Ankara di mana banyak kafe menawarkan simit dalam menu mereka.

    “Sebagai pelajar, kami bergantung kepada wang saku yang diberikan oleh keluarga kami. Kami hampir tidak mampu untuk pergi ke restoran dan memesan stik, simit sentiasa menjadi pilihan kami,” katanya.

    Kelihatan seorang penjual jalanan menjunjung simit di atas kepalanya. – Xinhua
    Harga sekeping simit telah meningkat berikutan kenaikan harga biji bijan dan tepung, dua bahan penting dalam makanan itu. – Xinhua
    Seorang tukang roti membuat simit di salah sebuah kedai di Ankara, Turkiye. – Xinhua

    Burcin, seorang pengajar tarian tradisional yang tidak memberikan nama penuhnya berkata, kini ramai keluarga membeli makanan asasi ini pada hujung minggu sahaja.

    Kenaikan itu sangat simbolik kepada kenaikan kos sara hidup negara di mana inflasi tahunan melonjak kepada hampir 80 peratus dengan dasar ekonomi berdasarkan kadar faedah rendah dan faktor geopolitik, seperti konflik Rusia-Ukraine.

    Pada 2021, lira Turkiye kehilangan 44 peratus nilainya berbanding dolar AS dan lebih 30 peratus tahun ini. Kemerosotan lira memberi kesan secara langsung pada harga pengguna. Semakin mata wang merosot, semakin tinggi harga meningkat.

    Roti, makanan asasi yang sangat diperlukan untuk keluarga berpendapatan rendah di Turkiye telah menyaksikan kenaikan harga berterusan di tengah-tengah kenaikan kos tepung dan tenaga. Harga roti naik 7 peratus pada bulan Julai sahaja dan kira-kira 97 peratus dalam tempoh setahun.

    Sebagai tindak balas kepada kejatuhan nilai mata wangnya, kerajaan Turkiye telah mengurangkan cukai ke atas beberapa barangan, memberikan subsidi, dan meningkatkan gaji minimum kepada $5,500 lira (kira-kira AS$302.50).

    Tetapi pekerja bergaji minimum tidak mendapat banyak faedah daripada tindak balas kerajaan itu. Sejak beberapa tahun lalu, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan enggan mengetatkan dasar untuk meredakan inflasi, menyifatkan kadar faedah sebagai ‘ibu segala kejahatan’.

    Pemimpin Turkiye itu meminta rakyat bersabar dan meramalkan bahawa Turkiye akan dibebaskan daripada beban yang disebabkan oleh inflasi menjelang Februari atau Mac tahun depan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...