Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Inflasi New Zealand cecah angka tertinggi

    WELLINGTON, 18 JULAI – Inflasi yang berlaku di New Zealand menunjukkan peningkatan 7.3 peratus, paras tertinggi dalam tempoh 32 tahun pada suku kedua dari tahun ke tahun, menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

    Pemacu utama yang menyebabkan peningkatan itu adalah kenaikan harga minyak, makanan dan kos kediaman, kata Stats NZ, yang meletakkan inflasi berada di tahap tersebut seperti yang berlaku pada 1990.

    “Isu rantaian bekalan, kos tenaga kerja, dan permintaan banyak yang berterusan menaikkan kos pembinaan rumah baharu,” kata Jason Attewell dari Stats NZ.

    Pada awal bulan ini, bank pusat New Zealand menaikkan penanda aras bagi kadar faedahnya kepada tahap tertinggi dalam tempoh enam tahun dan memberi amaran bahawa peningkatan selanjutnya mungkin akan dibuat.

    Ketua Ekonomi Bank ANZ, Sharon Zollner memberitahu kepada saluran TVNZ bahawa terdapat risiko mengenai kenaikan harga yang akan menjadi lebih tinggi.

    Beliau berkata sementara inflasi mengakibatkan kehidupan pengguna menjadi sukar, namun mereka masih lagi berbelanja.

    Kerajaan tidak dapat mengubah faktor-faktor global dalam kenaikan harga, kata Menteri Pengangkutan, Michael Wood, tetapi ia mungkin boleh memperoleh sedikit kebaikan dari inflasi tersebut.

    Kelmarin, kerajaan berkata bahawa langkah-langkah bantuan untuk bahan api dan pengangkutan awam akan kekal sehingga Januari tahun depan.

    Dengan New Zealand ingin membuka semula sempadannya pada penghujung Julai ini. Timbalan ketua bagi parti pembangkang Nasional, Nicola Willis berkata menerima kedatangan pelancong akan membantu membendung kenaikan inflasi. – AFP

    Orang ramai membeli-belah di sebuah kedia di Wellington, NZ pada 18 Julai. Inflasi yang melanda NZ menunjukkan paras tertinggi dalam tempoh 32 tahun pada suku kedua tahun ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...