Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Inflasi Sri Lanka naik empat kali ganda

    COLOMBO, 22 APRIL – Inflasi Sri Lanka mencecah rekod tinggi untuk enam bulan berturut-turut, menurut data rasmi yang keluar hari ini ketika kerajaan meminta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk jaminan keluar segera.

    Indeks Harga Pengguna Nasional (NCPI) meningkat 21.5 peratus pada Mac, lebih empat kali lebih tinggi daripada inflasi 5.1 peratus yang dicatat setahun sebelumnya.

    Inflasi makanan pada Mac mencecah 29.5 peratus, menurut data terbaharu daripada Jabatan bancian dan Statistik.

    Angka tersebut mungkin meningkat seterusnya: syarikat minyak telah menaikkan harga diesel, lazim digunakan dalam pengangkutan awam, sebanyak 64.2 peratus.

    Krisis ekonomi yang semakin buruk telah mendorong pertempuran dan demonstrasi seluruh negara menggesa Presiden Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan disebabkan salah pengurusan dan rasuah.

    Sri Lanka meminta IMF minggu ini untuk bantuan kecemasan, tetapi diberitahu hutang luar negara Asia Selatan berjumlah AS$51 bilion itu adalah ‘tidak mapan’ dan mesti ‘distrukturkan semula’ sebelum menerima sebarang bantuan.

    “Apabila IMF memutuskan hutang sesebuah negara adalah tidak mapan, negara itu perlu mengambil langkah untuk memulihkan kemapanan hutang sebelum mendapat pinjaman IMF,” kata pengarah Tabung Masahiro Nozaki dalam satu kenyataan pada Rabu.

    “Kelulusan program IMF untuk Sri Lanka akan memerlukan jaminan yang cukup bahawa kemapanan hutang akan dipulihkan.”

    Kerajaan telah mengumumkan kegagalan membayar hutang asingnya dan berkata tukaran asing akan diperuntukkan khas untuk membiayai makanan asas dan ubat-ubatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...