Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Inflasi teras MAS Singapura meningkat

    SINGAPURA, 23 SEPT – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dan Pihak Berkuasa Monetari (MAS) Singapura pada Jumaat mengumumkan inflasi teras MAS pada asas tahun ke tahun meningkat kepada 5.1 peratus pada Ogos berbanding 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, lapor Xinhua.

    Inflasi indeks harga pengguna (CPI) ke atas semua barangan meningkat kepada 7.5 peratus tahun ke tahun pada Ogos berbanding tujuh peratus pada Julai. Inflasi teras MAS Singapura tidak termasuk kos kediaman dan pengangkutan persendirian, manakala CPI inflasi semua barangan mewakili peningkatan dalam indeks harga pengguna semua barangan.

    Menurut MTI dan MAS Singapura, peningkatan inflasi teras pada Ogos itu sebahagian besarnya dipacu oleh peningkatan yang lebih besar dalam harga perkhidmatan, makanan dan pengangkutan, selain peningkatan dalam inflasi teras. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...