Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Inflasi Turki meningkat hampir 70 peratus

    ISTANBUL, 5 MEI – Kadar inflasi Turki meningkat kepada hampir 70 peratus pada April, menurut data yang dikeluarkan hari ini, sekali gus menimbulkan cabaran besar kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, dengan dasar ekonominya sering dipersalahkan atas krisis ekonomi.

    Indeks harga pengguna meningkat sebanyak 69.97 peratus pada April berbanding dengan 61.14 peratus pada Mac, menurut agensi statistik negara.

    Erdogan menegaskan pemotongan mendadak dalam kadar faedah diperlukan untuk menurunkan harga pengguna yang meningkat.

    Kejatuhan mata wang lira telah mendesak harga import minyak meningkat dan pelabur asing kini sedang menjauhi pasaran membangun berkenaan.

    Kadar inflasi tahunan Turki – yang tertinggi sejak parti pemerintah pimpinan Erdogan AKP mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2002, sebahagiannya dikaitkan dengan dasar ekonomi bukan konvensional, menurut penganalisis.

    Erdogan telah memberikan tekanan kepada bank pusat untuk mengurangkan kadar faedah.

    Kenaikan harga terbesar pada April datang dari sektor pengangkutan, mencecah 105.9 peratus sementara harga makanan dan minuman bukan alkohol melonjak 89.1 peratus.

    Turki telah memotong cukai ke atas sesetengah barangan dan menawarkan subsidi kepada beberapa bil elektrik untuk keluarga yang kurang mampu namun ia juga gagal membendung inflasi.

    Mata wang Turki kehilangan 44 peratus daripada nilainya berbanding dolar pada tahun lalu dan lebih 11 peratus sejak awal Januari. – AFP

    Skrin memaparkan kadar tukaran di kedai tukaran mata wang di jalan komersial di Istanbul, Turki. Bank pusat mengekalkan kadar faedah tidak berubah kelmarin meskipun inflasi mencecah tahap tinggi bulan lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...