Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Inflasi Turkiye menurun buat kali pertama

    ISTANBUL, 5 DIS – Inflasi Turkiye menjadi perlahan pada November buat pertama kali sejak Mei 2021, menurut data rasmi yang keluar hari ini, sekali gus memberikan rangsangan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum pilihan raya pada tahun depan.

    Kadar menjadi perlahan kepada 84.39 peratus, menurut agensi statistik negeri TUIK, menurun daripada 85.51 peratus pada Oktober. Inflasi Turkiye telah meningkat sejak mencecah tahap rendah 16.6 peratus pada Mei 2021. Nilai mata wang Turkiye lira mula merosot ketika pengguna bergegas untuk membeli dolar dan emas bertujuan melindungi simpanan mereka.

    Harga import seperti minyak dan gas naik, mencetuskan inflasi berpunca daripada bank pusat melaksanakan dasar mengurangkan kadar faedah.

    Erdogan menegaskan tumpuannya pada pertumbuhan ekonomi – dicapai menerusi pinjaman murah dan sokongan kerajaan – pasti meraih kejayaan.

    “Kami akan menyaksikan penurunan inflasi seterusnya tidak lama lagi,” kata beliau pada hujung minggu. Erdogan mengatakan faktor luar telah mencetuskan inflasi seperti kenaikan harga makanan dan tenaga berpunca daripada serangan Rusia ke atas Ukraine.

    “Seperti yang kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa media, inflasi telah memasuki trend menurun, meninggalkan tahap kemuncak, melainkan terdapatnya perkembangan global yang tidak dijangka,” kata Menteri Kewangan, Nureddin Nebati di Twitter. – AFP

    Dua orang muda bekerja di sebuah kedai roti tradisional di Ankara, Turkiye kelmarin. Kadar inflasi tahunan di Turkiye menurun pada November buat kali pertama dalam lebih setahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...