LONDON, 17 OGOS – Kadar inflasi di United Kingdom (UK) mencecah 10.1 peratus pada Julai, iaitu yang tertinggi direkod dalam tempoh 40 tahun.
Kadar Inflasi didorong oleh kenaikan harga makanan sekaligus menyebabkan kos sara hidup yang mahal disebabkan oleh harga tenaga yang melonjak naik.
Pejabat Statistk Kebangsaan menyatakan inflasi harga pengguna mencecah dua digit, meningkat daripada 9.4 peratus pada Jun sekaligus melangkaui jangkaan pusat penganalisis yang meramal 9.8 peratus.
Kenaikan harga sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan barang utama seperti tisu tandas dan berus gigi, tambah kenyataan pejabat tersebut.
Pakar ekonomi memberi amaran kadar inflasi akan terus melonjak naik. Sementara itu, Bank England berkata harga minyak yang melambung tinggi akan memacu inflasi harga pengguna kepada 13.3 peratus pada Oktober.
Bank tersebut juga berkata inflasi itu akan menyebabkan Britain mengalami kemelesetan ekonomi sehingga tahun depan.
Kadar inflasi yang tinggi di seluruh Britain menyebabkan Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank England meningkatkan kadar pinjaman sebanyak 0.5 peratus, iaitu peningkatan terbesar sejak Disember lalu. Kadar pinjaman kini berada pada peratus 1.75, iaitu tertinggi sejak krisis kewangan dunia 2008.
Seluruh dunia mengalami peningkatan kadar inflasi dan harga tenaga didorong oleh tindakan Rusia menyekat pembekalan gas ke Eropah sebagai membalas tindakan negara Barat yang menyokong Ukraine.
Kerajaan Konservatif Britain pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnsonberdepan tuntutan dan tekanan daripada rakyatnya yang menuntut lebih banyak bantuan mengatasi krisis kos sara hidup.
Purata bil isi rumah di UK meningkat lebih 50 peratus tahun ini dan dijangka melambung tinggi pada bulan Oktober.
Purata bil diramal mencecah AS- $4,300 setahun. – AP