LONDON, 19 MEI – Inflasi Britain meningkat lebih dua kali ganda pada April, data rasmi menunjukkan hari ini, didorong oleh kos pakaian dan tenaga yang meningkat yang mencecah tahap tertinggi sejak pandemik melanda.
Kadar Indeks Harga Pengguna meningkat kepada 1.5 peratus bulan lalu, mencecah tahap tertinggi sejak Mac 2020 apabila krisis COVID-19 meletus, kata Pejabat Statistik Nasional dalam satu kenyataan.
Peningkatan pada April, berbanding dengan 0.7 peratus pada Mac 2021, berlaku tatkala Britain meneruskan pembukaan semula ekonominya secara berperingkat.
“Inflasi meningkat pada April, disebabkan harga naik pada tahun ini berbanding dengan kemerosotan yang dilihat pada awal pandemik pada masa ini tahun lalu,” kata ketua ahli ekonomi ONS Grant Fitzner.
“Ia dilihat paling ketara dalam bil utiliti rumah dan harga pakaian.
“Ketika harga minyak mentah terus meningkat, ia telah menjejas kos bahan api kenderaan bermotor, yang kini mencecah tahap tertinggi mereka sejak Januari 2020.” – AFP
