Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Inflasi UK kini cecah paras tertinggi baharu

    LONDON, 20 JULAI – Inflasi tahunan Britain melonjak naik pada paras tertinggi terbaharu dalam tempoh 40 tahun pada Jun lalu yang berpunca daripada kenaikan harga minyak dan makanan, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini, yang ditambah dengan krisis kenaikan kos sara hidup.

    Indeks Harga Pengguna (CPI) melonjak naik kepada 9.4 peratus pada bulan lalu dari 9.1 peratus pada Mei, kata Jabatan Perangkaan Negara dalam satu kenyataan.

    Pakar analisis berkata data itu telah memberi tekanan kepada Bank England untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, atau separuh dari poin peratus, pada mesyuarat dasar seterusnya yang diadakan Ogos nanti.

    “Di United Kingdom (UK), kami menyaksikan satu lagi data CPI yang mengejutkan dan tekanan kepada Bank England untuk melakukan sesuatu sebelum terlambat dalam mengawal inflasi,” kata Ketua Analisis Pasaran di Avatrade, Naeem Aslam.

    Inflasi telah melonjak naik kepada tahap tertinggi dalam beberapa dekad di sesetengah negara, ia semakin bertambah teruk dengan peperangan yang berlaku di Ukraine dan ketika sekatan COVID telah dilonggarkan.

    Faktor-faktor itulah yang memaksa bank-bank pusat menaikkan kadar faedahnya, mengambil risiko dalam prospek kemelesetan kerana kos pinjaman yang lebih tinggi menjejaskan perniagaan dan pengguna.

    Bank England telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak lima kali ganda sejak Disember lalu, dengan kenaikan maksimum daripada poin peratusan setakat ini.

    Walau bagaimanapun, gabenor Bank England, Andrew Bailey berkata kenaikan 50 poin asas itu akan menjadi salah satu pilihan dalam perbincangan akan datang.

    Dalam data berasingan minggu ini menunjukkan lonjakan inflasi UK telah mengakibatkan nilai pendapatan Britain merudum dengan mendadak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...