Inflasi zon euro merosot negatif 0.2 peratus

BRUSSELS, 1 SEPT – Harga pengguna zon euro merosot pada Ogos, data rasmi menunjukkan hari ini, dengan inflasi negatif dicatat untuk kali pertama sejak Mei 2016 akibat kemerosotan permintaan disebabkan krisis koronavirus.

Agensi data EU Eurostat berkata inflasi merosot kepada negatif 0.2 peratus pada Ogos, kemerosotan mendadak berbanding positif 0.4 peratus pada Julai.

Kemerosotan dicatat meskipun langkah perangsang yang dilaksanakan oleh Bank Pusat Eropah untuk merangsang harga dan menghidupkan semula ekonomi Eropah.

ECB, dipimpin oleh Christine Lagarde, telah menyuntik 1.35 trilion euro serta memotong kadar faedah kepada tahap negatif demi mengekal kos pinjaman pada kadar rendah dan merangsang permintaan.

“Dasar mata wang di zon euro perlu kekal amat longgar untuk beberapa tahun akan datang,” kata Jack Allen-Reynolds, ahli ekonomi kanan di Capital Economics.

Pemimpin EU pada Julai bersetuju dengan pelan pemulihan besar-besaran untuk Eropah tetapi ia tidak akan dilancarkan sehingga awal tahun depan paling awal, dengan butir-butir masih belum dibincangkan. – AFP

Seorang lelaki berjalan di depan Bank Pusat Eropah di Frankfurt, Jerman. Agensi data EU Eurostat berkata inflasi zon Eropah merosot kepada negatif 0.2 peratus pada Ogos. – AP