Infobip bangun penyelesaian buka akaun simpanan digital

KUALA LUMPUR, 4 OGOS – Pelanggan tidak lama lagi boleh membuka akaun simpanan menerusi saluran digital tanpa perlu hadir ke mana-mana bank komersial, terima kasih kepada penyelesaian biometrik yang kini sedang dibangunkan oleh syarikat komunikasi global berasaskan awan, Infobip.

Pengurus Negara Infobip Asia Pacific Sdn Bhd, CS Gill, berkata penyelesaian tanpa kertas itu menyasarkan untuk menjadikan penawaran perbankan lebih mudah diakses memandangkan pelaksanaan sekatan berikutan COVID-19 selain memberikan kemudahan dengan memanfaatkan keupayaan digital bertujuan me-ningkatkan pengalaman pelanggan.

“Infobip sedang mengembangkan penyelesaian biometrik di mana kami ingin menjimatkan masa dengan membuka akaun bank secara digital melalui WhatsApp atau platform digital lain tanpa perlu ke bank.

“Kami sudah mulai mengembangkan konsepnya kepada bukti sebagai menentukan kelayakan idea bagi membolehkan pengesahan biometrik untuk pembukaan akaun simpanan digital,” katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif, baru-baru ini.

Gill berkata pelanggan kelak boleh membuka akaun simpanan digital menggunakan gambar pada kad pengenalan mereka, yang kemudiannya dipadankan dengan gambar swafoto mereka. Beliau berkata, penyelesaian biometrik itu merangkumi penyediaan kaunter penghantaran barangan dengan jumlah yang tinggi, bukti-bukti konsep ini juga sedang dibangunkan.

Mengulas mengenai rutin perniagaan baharu pelanggan Infobip disebabkan COVID-19, Gill berkata ramai pelanggannya, terutama pusat panggilan yang berurusan dengan institusi insurans dan kewangan, terjejas dengan pandemik tersebut, menyebabkan kebanyakan kakitangan bekerja dengan penyelesaian berasaskan awan di rumah. – Bernama