Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Infrastruktur pengangkutan darat ditingkatkan

    Oleh Siti Nur Wasimah S & Sim Y.H

     

    MMN Logo 2017BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam kelangsungan pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan selain membuka peluang-peluang pekerjaan dan bagi menangani isu-isu kemiskinan di negara ini.

    Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat berkata, perkara ini dibahagikan kepada tiga model pengangkutan iaitu teksi, bas dan kenderaan persendirian.

    Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan memfokuskan kepada keutamaan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas dan teksi dan memudah cara pengurusan pemilikan kenderaan persendirian, katanya.

    Menurut beliau, projek peningkatan pengangkutan bas awam sedang dilaksanakan dengan harapan untuk memperbaiki connectivity dan reliability bas awam dengan menekankan aspek accessibility dan affordability.

    Dengan adanya projek ini, tumpuan seterusnya adalah untuk penyediaan infrastruktur, menggubal dan menguatkuasakan undang-undang lalu lintas.

    Teksi bermeter yang dilancarkan baru-baru ini bagi mempertingkatkan infrastrastrukur pengangkutan darat.
    Teksi bermeter yang dilancarkan baru-baru ini bagi mempertingkatkan infrastrastrukur pengangkutan darat.

    “Alhamdulillah, perkhidmatan teksi sudah mula menunjukkan kesan positif dengan peningkatan penumpang atau pengguna-pengguna teksi. Kementerian Perhubungan ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Negara Brunei Darussalam atas inisiatif mereka memperbaiki imej teksi yang sekali gus juga memperbaiki imej negara di mata pelancong ke negara ini.”

    Inisiatif tersebut, jelas Yang Berhormat Dato, setentunya akan membuka luas peluang perdagangan dan pekerjaan dan usaha ini akan diteruskan dengan penggunaan sistem ICT atau aplikasi teksi mobile yang akan disediakan oleh anak tempatan, untuk memudahkan panggilan perkhidmatan teksi dan meningkatkan perkhidmatan teksi sekurang-kurangnya kepada 400 buah, menjelang 2025.

    Bagi tahun ini dan tahun hadapan, JPD mempunyai sasaran untuk membukakan permohonan permit perkhidmatan teksi sebanyak 200 buah lagi yang mana perkhidmatan ini dikhaskan untuk rakyat Brunei sahaja, ujar beliau.

    Sementara itu proses pemilikan kenderaan persendirian akan terus dipermudahkan terutama dari segi proses pendaftaran, pembayaran lesen tahunan dan pematuhan peraturan dan undang-undang, khususnya yang berhubung dengan road worthiness.

    Pada tahun lepas, pemberian perkhidmatan pemeriksaan kelayakan kenderaan persendirian telah juga diberikan kepada bengkel-bengkel Kelas A yang diiktiraf oleh JPD atau dikenali sebagai Stesen Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection Station -VIS).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda