Ingin bergandingan dengan Deepika Padukone

Pelakon Sidharth Malhotra (gambar bawah) memberitahu dia teringin untuk bekerjasama dengan pelakon Deepika Padukone memandangkan mereka tidak pernah digandingkan.

Menerusi laporan Bollywoodlife.com, Sidharth mendedahkan perkara tersebut menerusi Twitternya selepas menerima pertanyaan daripada peminatnya.

Sidharth yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem biologi mengenai Kapten Vikram Batra itu dilihat rajin berinteraksi bersama peminatnya di laman sosial.

Manakala Deepika pula sedang menjalani penggambaran filem arahan Meghna Gulzar yang turut dibintangi oleh Vikrant Massey. – Agensi