Ingin lebih banyak anak

Pelakon Datin Fouziah Gous mengakui dia memang merancang untuk memiliki anak yang ramai sekali gus memiliki keluarga besar pada masa depan.

Menurut pelakon drama bersiri Sara Sajeeda ini, dia juga sudah bersedia untuk mendapat anak ketiga selepas ini.

“Alhamdulillah, anak kedua, Zaheen sudah mencecah usia dua tahun dan baru bercerai susu badan.

“Insya-Allah, jika ada rezeki, kami mahu sekurang-kurangnya tiga anak ataupun dapat sepasang lagi selepas ini,”katanya.

Ditanya perkembangan anak keduanya itu, kata Fouziah, dia juga tidak cukup rehat kerana Zaheen kerap bangun untuk menyusu pada waktu malam.

Fouziah ditemui pada majlis minum petang sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 di Artelia, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengenai rumah baharu pula, kata Fouziah, dia bakal berpindah selepas pejabat perniagaan produk sarang burung FG Walet yang diubahsuai siap tidak lama lagi.

“Setakat ini, pejabat baharu syarikat sudah siap sebanyak 70 peratus. Rumah baharu kami juga hanya berhadapan dengan rumah lama yang juga tempat tinggal kami sekeluarga. Kami beli rumah itu kerana tidak mahu berjauhan dengan ibu bapa yang sudah tua,”katanya. – Agensi

Fouziah Gous mengakui dia memang merancang untuk memiliki anak yang ramai sekali gus memiliki keluarga besar pada masa depan. – Agensi