Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Inilah bilal’

    Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi.

    Melalui entri dimuat naik kira-kira 30 minit itu, Neelofa memaparkan detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut.

    Melalui entri itu, Neelofa turut melayangkan kata-kata penuh emosi atas kelahiran Bilal yang menjadi penyeri rumah tangganya dengan Haris.

    Neelofa meluahkan: “Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

    “Tiada yang lebih menyayat hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

    “Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

    “Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka, kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

    “Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

    “Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu, ya Allah.

    “Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” katanya.

    Dalam tempoh 30 minit, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Neelofa.

    Pada akhir coretan, Neelofa turut mengucapkan syukur dan berharap Bilal fakih dalam agama.

    Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal melalui aplikasi TikTok.

    Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Bilal.

    Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak.

    Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...