Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Inisiatif angkat Kalimat Tua, Dokumentasi budaya bangsa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan telah meneruskan lagi taklimat mengenai Projek Penyelidikan Bahasa dan Kalimat Tua bagi Daerah Brunei dan Muara serta Temburong, di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Projek tersebut adalah sebagai satu usaha untuk menggerakaktifkan penyelidikan budaya seterusnya mendokumentasikan hasil pengumpulannya yang mana ia dirancang mula dilaksanakan pada Disember depan.

    Penerangan mengenai projek tersebut telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

    Seterusnya, penghuraian mengenai bahasa dan kalimat tua diterangkan oleh pakar rujuk, Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr dan Profesor Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid.

    Taklimat bersama penghulu mukim dan ketua kampung serta warga emas bagi Daerah Brunei dan Muara serta Temburong itu dilaksanakan untuk membantu mendapatkan informan-informan penyelidikan di setiap daerah.

    Pengungkayahan projek penyelidikan itu juga adalah sebagai usaha untuk menjejaki kewujudan bahasa dan kalimat tua yang pernah dituturkan dan digunakan oleh masyarakat Brunei untuk diperkenalkan semula.

    Ini dengan menerusi pendokumentasian, mengetengahkan dan menyerlahkan semula bahasa dan kalimat tua yang boleh diangkat dan distandardisasikan dalam penggunaan bahasa Melayu pada masa kini dan akan datang; dan berusaha, memelihara dan mendokumentasi khazanah seni budaya bangsa.

    Projek tersebut juga akan menumpukan kajian lapangan, iaitu menemu bual informan-informan yang dikenal pasti dari keempat-empat daerah.

    Profesor Madya Dr Haji Hashim menyampai-kan penerangan mengenai bahasa dan kalimat tua.
    Antara peserta yang hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...