Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Inisiatif bantu golongan kurang bernasib baik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Orang ramai dialu-alukan sama-sama menyokong inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan dengan menderma kasut-kasut tidak dipakai kepada inisiatif Derma Kasut Awda, anjuran Arrowtech Sports yang dilancarkan di Under Armour One Riverside, hari ini.

    Dalam temu bual ringkas bersama Eksekutif Pemasaran Arrowtech Sports, Dayang Siti Syazwana binti Haji Mohd Zulkifli menerangkan bahawa inisiatif tersebut dihasratkan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka kasut yang didermakan oleh orang ramai.

    Menerusi kempen itu, tambahnya, orang ramai digalakkan untuk menderma kepada mereka yang memerlukan kasut-kasut yang tidak dipakai supaya ia boleh dimanfaatkan oleh mereka.

    Beliau menerangkan bahawa kasut-kasut yang didermakan itu nanti akan diserahkan kepada golongan yang memerlukan di Pusat Bahagia, Kompleks Rumah Kebajikan dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Sementara itu, dalam kata alu-aluannya semasa pelancaran inisiatif berkenaan, Dayang Siti Syazwana menyatakan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat mereka di mana mereka menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 1,000 pasang kasut untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

    Majlis kemudian menyaksikan Pengurus Besar Arrowtech Sports, Huu Lim dan isterinya, Lim Poh Lin mendermakan kasut bagi inisiatif tersebut. Inisiatif itu akan berjalan selama sebulan iaitu bermula 10 November hingga 10 Disember dengan sasaran untuk mengumpulkan sebanyak 1,000 pasang kasut.

    Orang ramai yang ingin menyokong dan menderma kasut mereka bolehlah berkunjung ke empat buah lokasi pengumpulan di mana kotak bagi menderma kasut akan disediakan.

    Lokasi-lokasi berkenaan ialah Under Armour One Riverside, Run Trail Nation One Riverside, Golf Nation Mabohai Shopping Complex dan Run Trail Nation Panaga Seria.

    Huu Lim dan isteri semasa menderma kasut bagi inisiatif Derma Kasut Awda di Under Armour One Riverside, kelmarin.
    Dayang Siti Syazwana semasa menerangkan mengenai inisiatif tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...