Inisiatif bantu mangsa kebakaran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah kebakaran di Kampung Lurong Dalam dan Kampung Pandai Besi ‘A’ baru-baru ini, Majlis Belia Brunei telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan apa jua barangan yang disumbangkan oleh orang ramai untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa tersebut.

Usaha tersebut merupakan salah satu aktiviti yang diadakan oleh Majlis Belia Brunei di Bazar Ekspresi Belia, Dermaga Diraja pada setiap hujung minggu sempena Program Bandarku Ceria.

Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Brunei meneruskan aktiviti yang sama dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan apa jua jenis barangan yang ingin didermakan kepada mangsa kebakaran.

Dalam inisiatif lain, orang ramai juga boleh menyerahkan terus sumbangan ke Ibu Pejabat Majlis Belia Brunei di No.8, Block C3, Simpang 32-5, Flat Kampung Anggerek Desa pada sebelah pagi.

Antara sumbangan yang telah dikumpulkan oleh Majlis Belia Brunei hasil daripada sumbangan pihak-pihak persatuan dan orang-orang persendirian.
Antara sumbangan yang telah dikumpulkan oleh Majlis Belia Brunei hasil daripada sumbangan pihak-pihak persatuan dan orang-orang persendirian.

Namun bagi mereka yang ingin menyumbangkan selepas waktu pagi bolehlah meninggalkan sumbangan mereka di luar pejabat tersebut.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan adalah dialu-alukan, namun barangan keperluan harian seperti alas pakaian, sabun, berus gigi, makanan dalam tin, makanan segera dan barangan domestik adalah diutamakan.