Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 27 Ogos – Bersempena dengan Program Kuala BelaitKu Ceria, hari ini, beberapa buah syarikat swasta dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi (JASTRe) serta sukarelawan Belait telah melancarkan Program Kesedaran Kekalkan Belait Bersih dan Hijau.
Hadir melancarkan program tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman dan Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan Haji Ahmad, pegawai alam sekitar, JASTRe, Kuala Belait dan wakil-wakil syarikat swasta di daerah ini yang mengambil bahagian dalam program itu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)