Inisiatif kembangkan skop pengajaran

Oleh Daniel Lim
Gambar oleh Daniel Lim & Sekolah Panaga

BELAIT, 28 FEB – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memberigakan pengetahuan mengenai strategi-strategi pengajaran efektif, terutamanya dalam kalangan guru-guru, Bengkel Pembangunan Profesional telah diadakan di premis Sekolah Panaga, Kampus Teraja dan Kampus Rampayoh, hari ini.

Dianjurkan oleh Sekolah Panaga dengan kerjasama sekolah-sekolah Kluster 6, bengkel sehari itu adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan antara dua pihak yang telah mengembangkan skopnya meliputi pelbagai strategi pengajaran yang lebih meluas dalam berbagai-bagai peringkat pendudukan pelajar.

Pengetua Sekolah Panaga, Cindy Tahal berkata, “Dengan dihadiri guru-guru, bukan sahaja dari sekolah-sekolah Kluster 6 malah dari sekolah swasta dan kerajaan di Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara, bengkel ini adalah susulan daripada bengkel pada tahun lalu.”

Merujuk kepada persidangan-persidangan yang diadakan pada pertengahan tahun lalu, beliau menekankan bahawa kebanyakan guru yang telah menyertai persidangan berkenaan sebelum ini agak berminat untuk mendalami lagi strategi pengajaran tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan bagaimana meluangkan masa dalam mengajar kanak-kanak secara efektif.

Antara topik yang dibincangkan semasa bengkel berkenaan termasuk Differentiation in Math for Key Stage 1, Lower Key Stage 2 dan Upper Key Stage 2 yang merangkumi metodemetode pengajaran efektif bagi memenuhi keperluan pelajar dalam peringkat pendidikan berlainan dari Tahun 5 hingga 11.

Dengan kejayaan bengkel berkenaan, Sekolah Panaga dan sekolah-sekolah Kluster 6 akan meneruskan bengkel serupa pada masa hadapan yang bertujuan sebagai platform untuk memberigakan dan berkongsi pengetahuan berkaitan dan pengalaman antara guru untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik bagi guru dan pelajar.

Peserta mengikuti bengkel bersama seorang guru di dalam kelas.
Sebahagian daripada guru yang menghadiri bengkel diadakan di Sekolah Panaga.